Dunia
Sebelah Sleeping Beauty
1
Aku pandang keluar. Matahari
mengelurkan cahaya menyinari alam semesta. Sementara bulan berehat setelah
beberapa jam melakukan tugasnya. Aku mengeluh kuat, lalu menyandarkan tubuhku
ke kerusi Lexus. Marah! Memang aku marah, mana tidak aku sepatutnya berda di
pementsn itu sebelum pukul tujuh setengah. Hendk menyalahkan Pak Tam, pemandu
peribadi daddy.
Memang tidak wajar. Lagi pula memang tidak manis bagi
kanak-kanak berumur sebelas tahun seperti aku menengking orang yang lebih tua.
Apatahlagi aku kenal Pak Tam bukan sehari dua tetapi sejak aku lahir lagi atau
sebelum Mummy and Daddy nikah lagi. Tambahan Mummy and Daddy sentiasa nasihati
aku supaya menghargai Pak Tam dan isteri dia, Mak Tam. Mak Tam pula pengasuh
aku. Bila mummy sibuk berkerja menguruskan saloon dia, aku pasti mencari Mak
Tam sampai kadang-kadang aku rasa Mak Tam itu yang melahirkan aku bukan mummy.
“Pak Tam, lama lagi ke? Arora takut cikgu
Maria, marah kat Aroralah. Cikgu Maria itu pula garang. Kalau dia marah macam singa.”
Aku mengadu. Aku kemudian menunjjukkan muka garang yang sering Cikgu Maria
tunjukkan. Tidak cukup dengan itu suara singa di keluakan suapay Pak Tam tahu
betapa takutnya aku apabila mendengar Cikgu Maria mengaum.
Sejak kebelakangan ini aku sering
menggelearkan diriku sebagai Arora. Nama iti telah di perkuatkuasakan oleh aku
sendiri. Kalafah Radhiyah Binti Tan. Seri fieyan. Pada mulanya Daddy membantah
sebab Daddy suka memanggila aku dengan gelaran Dhiyah atau baby. Tapi setelah
merajuk dan mogok beberapa minggu. Daddy mula mengalah lalu memanggil aku
Arora. Kembang Kempis jugalah bila daddy memanggil aku dengan gelaran itu.
Bahagia sangat sehingga duniaku penuh dengan warna-warna pelangi. Kadang-kadang
Daddy dan Mummt akan aku beauty, itu pun bila aku merajuk tak tentu pasal.
“Arora, nak selesailah ni. Tyre yang pancit ni
kena tukar dahuu. Pak Tam ni bukan lagi kuat macam dulu. Kalau dulu angkat best
pun Pak Tam boleh. Bukan setakat angkat besi, angkat kereta api pun boleh.”
Beritahu Pak Tam dengan Selamba.
Pak melap peluh jantan yang
mengalur. Umurnya yang sudah hampir menglangkau 48 tahun masih lagi cergas
mengangkat tyre. Walaubagaimanapun wajah Pak Tam kelihatan pucat, kalau di
toreh pasti tidak akan berdarah. Aku memerhatikan Pak Tam, timbul perasaan
kasihan. Aku yang tadi asyik memerhatikan Pak Tam terkejut apabila Pak Tam
rebah. Aku meluru kea rah Pak Tam. Tubuh Pak Tam aku gamit beberapa kali tetapi
tidak bergerak.
“Pak Tam bangunlah. Janganlah tinggalkan Arora kat
sini seorang. Arora takut. Pak Tam bangun laa.” Aku berkata separuh merayu.
Tubuh Pak Tam aku goncang lagi kali ini lebih kuat
dari yag tadi. Jawapan masih lagi sama macam tadi. Tiada langsung gerakkan.
Kepala Pak Tam aku pangku. Aku memanggil nama Pak Tam beberapa kali tetapi
nasib tidak menyebelahi aku. Pak Tam masih lagi seperti tadi. Kali ini wajahnya
kelihatan lebih pucat.
“Tolongg! Tolong! Tolong!” Aku berteriak tetapi
suaraku tidak terkeluar. Aku cuba hendak bersuara tetapi tidak berdaya. Air
mataku mengalir dengan deraas. Perasaan takut mula menyelubungi aku. Aku takut
kehilangan Pak Tam. Kalau Pak Tam tiada. Mak Tam macam mana. Kasihan Mak Tam,
mesti dia rasa kehilangan.
Dari kejauhan, aku tidak sedar ada yang memerhatikan
aku.Perlahan kaki itu menapak menuju ke arah tempat Pak Tam berbaring. Dia
duduk di sebelahku, lalu memerhatikan lelaki yang kini berada di sebelah aku
ini. Hidungnya mancung, bila dia senyum terseralh lesung pipiy di sebelah
kirinya. Matanya berwarna kecoklataan bila terkena matahari seperti warna
keemasaan, rambutnya beraln apabila di tiup angin. Kacak! Aku terpana sendiri.
‘Aku rasa aku sudah jatuh cinta ! Ini ke
rasanya cinta pandangan pertama? Inikah effecr orang bercinta yang sering Mummy
katakana. Tak sangka effect jatuh cinta ini mirip seperti orang yang tengah
lapar. Pelik !’ Aku berbisik.
Bibirnya tidak berhenti menguntumkan senyuman. Pak
Tam yang tadinya pengsan langsung tidak aku hiraukan lagi. Yang penting masa ni
hendaklah di pergunakan betul-betul untuk mengenali lelaki yang berada di
sebelah aku ini. Ya! Mengenali lelaki yang berada di sebelah ku ini. Tiba-tiba
perutku berbunyi. Mataku terbeliak. Aku lantas memegang perut yang tengah
menyanyikan lagu remix ini.
‘Oh no! Perut aku berbunyi, Bagaimana kalau
dia tahu aku sudah jatuh cinta kat dia. Malula.’
Syed Adi Putera ketawa, kepalanya di
geleng-gelengkan.
“Perut awak berkeroncang. It’s mean awak tu lapar.
Nah! Makaan ni.” Lelaki yang bernama Syed Adi Putera itu menghulurkan gula-gula
HACKS.
‘Eh, aku lapar
ke? Aku ingat aku dah jatuh cinta. Siot betul aku ni!’
“Mummy aku
pernah kata kalau orang bagi gula-gula HACKS maksudnya Hanya Aku Cinta Kau
Seorang.” Aku membeeritahu dengan jujur.
Syed Adi ketawa terbahak-bahak. Dia mengangkat kedua
belah tangannya bertanda dia surrender. Apabila melihat keningku ternaik.
“Kau ni lucukan?” dia bertanya. Ketawanya masih lagi
bersisa.
“Lucu tapi...... comel. Saya Syed Adi Putera
Qaulallahaq. Awak?” Tanya Syed Adi
Formal.
Syed Adi Putera memang di latih dari kecil lagi untuk
bersikap seperti orang dewasa walaupun umurnya pada ketika itu baru dua belas
tahun. Orang sekeliling yang memandang dia pun pasti akan merasa kagum. Dia
seperti sudah terbiasa hidup sebegitu.
“Dhiyah.” Jawapku pendek.
Pak Tam yang tadinya terbaring kini bangun dengan
sendiri. Aku terkejut beruk. Mataku terbeliak seperti hendak terlepas dari
soket mata sahaja. Keningku pun ternaik. Akhirnya aku memukul lembut bahu Pak
Tam sebab cuba mengenakan aku. Syed Adi Putera ketawa, mungkin seronok
melakukan aksi-aksi mengenakan aku kot. Kalau boleh aku hendak dia terus berada
di sini.
“Awak juga kenakan saya kan?” soal Dhiyah kearah Syed
Adi Putera.
Jari manisku, aku tunjukkan ke arahnya.
Perlahan-lahan Syed Adi Putera menganggukkan kepalanya. Dia menguntumkan sebuah
senyuman untuk aku. Manis. Aku pula tersipu malu.
Suara laungan memanggil nama Syed Adi Puterra
mengganggu kami bertiga daripada terus berketawa riang. Wajah Syed Adi Putera
yang tersenyum tadi berubah mejadi serius. Aku pula merasa hairan. Pak Tam
memeluk tubuh Syed Adi Putera, di bisiknnya sesuatu di telinga Syed Adi Putera.
Apa yang di bisikkan oleg Pak Tam langsung tidak dapat di dengar olehku.
Mungkin Pak Tam sengaja berbuat demikian. Perasaan cemburu mula timbul.
Selaluya Pak Tam akan berbisik kepada aku seorang
sahaja, tiba-tiba hari ini Pak Tam membuatnya dengan orang lain. Yang baru
kenal pula tu. Sebelum Syed Adi Putera pergi sempat lagi dia member Dhiyah
seitas kalung yang mempunyai loket bersimbol seorang lelaki berlutut seperti
hendak melamar. Sementara Kalung yang mempunyai loket perempuan berada di
tangan Syed Adi Putera. Katanya bila dia besar nanti dia akan cari aku. Tidak
cukup dengan itu, dia kata aku ni Puteria dia dan buat sekian kalinya aku
merasa malu. Pipiku berubah menjadi pink-merah. Aku merasa di awang-awangan
kerna di puji sebegitu rupa. Boleh lemah lutut kalau asyik kena puji macam ni.
Kalau aku ceritakan kepada Mummy, pasti mummy akan mengetawakan aku lebih baik
cerita kepada Mak Tam. Mak Tam understanding. Sporting pula tu.
“I will find you one day, my princess. Aku janji!”
Laung Syed Adi Putera.
‘Aku akan tunggu kau datang.’ Aku menjawap dalam
hati.
‘Aku akan tunggu kau.’ Aku ulangi lagi buat kesekian
kalinya.
‘Syed Adi Putera Qaulallhaq.’ Bisikku perlahan. Aku
sebut nama itu beberapa kali biar terus tertanam di sudut hatiku.
Aku tidak peranh berangan bahawa aku akan jumpa
Putera Impianku pada umurku sepuluh tahun. Aku juga tidak sangak Pak Tam
merancang semuanya tapi aku tidak kisah
sebab aku sayang Pak Tam. Aku juga tidak sangka antara aku dengan dia
termenterai satu janji. Termentari satu kontrak cinta. Aku puterinya dan dia
puteranya.We live happily ever after seperti dalam cerita dongeng Puteri beradu,
Sleeping Beauty.
sleepingbeautyitusaya.blogspot.com


1 ulasan:
seronok cerita yang awak buat ni..lucu ada pulak~takde sambunagannya ke?atau sampai sini je?
Catat Ulasan