JASMIN, BUNGA HATIKU
Lutfi – Jasmin, andai aku tahu
aku bakal akan jatuh cinta kepadamu aku pasti akan cuba sedaya upaya
untuk menjauhimu. Tapi kini, sudah terlalu lewat untuk aku berundur.
Biarkanlah aku menuggumu dan mencintaimu.
Jasmin - Aku
benci orang berada. Aku benci mereka. Mereka manusia yang tidak
mempunyai hati dan perasaan. Mereka manusia yang mementingkan diri
sendiri. Aku benci kau Syamim. Aku benci dengan apa yang kau buat. Kau
penipu!
Abu Zar Aimaan – Aku mohon seribu kemaafaan andai aku
telah melukai hatimu, Jasmin. Apa yang aku kata dan luahan semuanya
datang dari hati muraniku. Jangan kau salah angappan kepada ku. Tiga
patah perkataan, Aku cinta kau!
Jasmin, Seorang wanita
yang anti kepada Orang berada. Sebut sahaja nama pengiran-pengiran,
Syed, Sharif, Sharifah, Tan Seri, Puan Seri, Datin atau Datuk pasti dia
buat muka hendak muntah. Pada pertama kali dia berjumpa dengan Lutfi,
anak Tan.Seri Fieyan, Jasmin sudah merasa jelek. Apatahlagi sikap Lutfi
sendiri yang kadang-kadang menyakitkan. Kadang-kadang sombong tak tentu
hala itu menyebabkan perasaan muak timbul. Dalam diam dan tanpa Lutfi sedari dia jatuh cinta dengan Jasmin. Tetapi kompleks mula timbul bila
Jasmin jatuh cinta dengan lelaki lain. Jatuh cinta dengan lelaki yang
kelihatan agak kolot di mata semua wanita tetapi bukan di mata Jasmin.
Apa yang bakal Lutfi lakukan untuk memiliki hati suci Jasmin? Dan
siapakah lelaki yang kolot itu? Apa kesudahan bagi cerita ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan