FACEBOOK BADGE

SHOUT everything!

cerita yang saya buat! :)

Sabtu, 16 Jun 2012

Jasmin, Bunga hatiku (1)


Jasmin, Bunga hatiku

 1

Ketukan pintu yang bertalu-talu mengejutkan Jasmin daripada terus menatap laptop miliknya. Jari hantunya di gosok bebrapa kali dengan menggunkan ibu jari untuk menghilangkan perasaan lenguh. Kemudian jari-jemari yang berada di sebelah kanan itu di masukkan kedalam celah-celah jari sebelah kiri lalu bertemu. Akhirnya terbentuklah seperti sungai. Bila tangannya ditarik kebawah, kedengaranlah letupan kecil. Kepala Jasmin menjenguk kearah pintu masuk, terjengul kepala Dilah, Sofia dan Aida.

“Masuklah, takkan kau orang tiga ni nak jadi askar penjaga pintu pula. Kasihan nanti kat Moka, kerja dia kau orang dah ambik. Nanti bertambah tebamlah kucing aku tu. Kalau asyik rehat aje.”

Mereka tiga tersengih-sengih memandang Jasmin. Kepala Jasmin tergeleng-geleng. Dahinya berkerut-kerut. Kening kirinya terangkat.

‘Sengih-sengih ni mesti ada papa ni. Kali ini apa yang mereka nak aku buat hah? Kalau mereka nak ajak aku ‘double’ date aku tak nak lah. Tak nak!’Jerit Jasmin dalam hati. 

Perkataan ‘tak nak’ itu tiba-tiba keluar tanpa disengajakan oleh Jasmin. Dengan cepat Jasmin menekup mulutnya. Matanya terbeliak.

“Apa yang kau tak nak?” Tanya Dilah tiba-tiba.

 “Aha? Apa  yang kau tak nak?” Tanya Aida pula.

 “Huh?Hah? Apa yang aku tak nak ni?” Tanya Jasmin semula kepada mereka bertiga. Kepalanya digaru-garu. Bibirnya di tahan supaya tidak ketawa. Wajahnya pada ketika itu kelihatan blur.

“Porahlah, dia sendiri tak ingat. Kau ni memang kaki pelupa  betuilah. Berapa banyak anak semut kau makan hah?” cebik Sofia dalam loghat Kelantannya.

“Aku tak makan anak semut, anak semut tak sedap. Aku makan nenek moyang cicak. Sedap!” jawap Jasmin selamba. Ibu jarinya pula di naikkan tanda bagus.

Muka Dilah menunjukkan eksperisi wajah geli. Tambahan pula Dilah memang geli dengan cicak. Bibir kirinya ternaik seperti menahan rasa. Sementara Sofia buat lakonan hendak muntah. Aida pula hanya menggelengkan kepala, beristagafar dia banyak-banyak. Tidak cukup dengan itu mulalah Aida ini berceramah. Sesuailah dengan pekerjaan dia sebagai guru agama.

Dilah mengambil buku novel prince charming yang berada di sebelah Jasmin. Dia membaca sinopsis yang berada di belakang buku itu. Jarinya mula membelek satu per satu. Dilah bertanya sama ada buku prince charming itu seronok atau tidak. Kepala Aida, Sofia dan Jasmin mengangguk cepat-cepat seperti burung belatuk ada juga.

“Awak suka krakter siapa, Jas?” Tanya Dilah cuba hendak mengambil hati. Dalam hati Dilah berharap agar apa yang dilakukan ini boleh menmbeli hati Jasmin. Jasmin hanya terangguk-angguk sahaja tanda memahami apa yang Dilah ingin. Mesti ada superman  di sebalik catwoman ini.

Ih, apasal pulak superman dan catwoman masuk kat dalam peribahasa aku ini. Hancui betui! Harap je malayu tapi peribahasa yang sepatutnya kacang pun aku tak tahu. Orang melayu apalah aku ni. Baik bukak buku bahasa melayu yang dah lama jadi sambal belacan cap habuk binti mana aku letak. Aiya, dimana aku letak buku bahasa melayu aku tu?

“Aku suka krakter Reza, anak orang kaya itu. Kebetulan pula nama girlfriend Reza itu Sofea. Kamu nak tahu tak? Aku harapkan suatu hari nanti aku dapat lelaki sekacak dan sekaya Reza.”beritahu Sofia tanpa di pinta.

Excuse me, cik Sofia yang terlebih perasan. Saya tanya kat Jas bukan awak.” Dilah menjelirkan lidahnya. Kalau di tengok betul-betul Dilah ini sebenarnya kaki penyakat. Kalau orang yang baru kenal dia mesti mereka fikir Dilah ini kaki buli. Hakikat sebenarnya tidak.

“Ish, orang kaya saja awak fikirkan ni. Tak kaya, kacak. Tak kacak, hot.”cebik Jasmin. Sejak dari kurun yang tidak di ketahui berapa Jasmin sangat anti dengan orang berada. Sebut sahaja nama Pengiran-pengiran, Syed, Sharif, Sharifah, Tan Seri, Puan Seri, Datin atau Datuk pasti dia akan buat muka hendak muntah. Tambahan, dia tidak suka bergaul dengan orang seperti mereka. Rahsia mengenai Sofia anak berada pun di rahsiakan oleh mereka sekawan. Takut-takut nanti Jasmin mula membenci dan menghindari Sofia.

“Tak dosa pun kalau berangan-angan hendak kawin dengan anak orang kaya. Tak luak langsung duit kau. Yang luak nanti duit mereka.” jawap Sofia dalam nada berbisik tetapi masih boleh didengar oleh Jasmin, Aida dan Dilah.

“Salah tu, fee. Berangan-angan nak kawin den-”

Belum sempat Aida hendak meneruskan kata Dilah bertempik, telinganya di tutup. Sementara Jasmin menolak tubuh Aida ke katil. Bantal ‘love’ yang ada di paha Sofia di tarik lalu di tutup ke muka Aida. Aida pula cuba hendak melawan. Kakinya di naikkan cuba hendak mencapai bahu Jasmin. Aida cuba dan cuba, akhirnya berjaya. Tubuh Jasmin yang tadinya berada di perut Aida, tertolak kebelakang. Kali ini Aida pula berada di atas perut Jasmin, Jasmin meronta sekuat-kuatnya tetapi tidak berjaya. Dilah dan Sofia cuba menarik Aida. Masih juga tak berjaya. Aida seperti sudah mengawal sepenuhnya mereka pada ketika itu.

Deringan music grenade dari Bruno Mars menggangu konsentrasi mereka daripada terus berwrestling. Ke empat-empat mereka mencapai telephon bimbit masing-masing. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Sofia tersengih-sengih. Matanya dikenyitkan.

“Hello, boleh bercakap dengan Sofia.” tanya di hujung talian. Sofia sengaja menggunakan loudspeaker supaya kawan-kawannya boleh dengar. Tambahan ini adalah salah satu syarat jika hendak menjadi club yang tak bertauliah.

 “Maaf, di sini takde namanya Sofia. Pemilik number ini lelaki.” Jawap Sofia dalam nada suara lelaki. Matanya kemudian membaca kertas putih yang di tulis oleh Jasmin. Di dalam hati, Sofia menyumpah seranah Jasmin. Dia berikrar kalau lelaki ini terlepas dari genggamaan dia, akan di potongnya tubuh Jasmin menjadi 18 kerat seperti pembunuhaan kejam kat Malaysia itu tapi Sebelum dia bunuh, dia akan pastikan Jasmin terseksa. Biar Nampak lebih terror lagi!

“Hmmm… ni abang Sofia ke?”tanya hujung talian itu lagi.

Sofia memandang ke arah Jasmin. Kepalanya digeleng-gelengkan. Mulutnya di tekup supaya dia tiadk bersuara. Jasmin dan Dilah mengangguk-angguk. Mata mereka berdua kelihatan kejam seperti sang Daracula yang baru selesai menghisap darah mangsa. Sofia mengimaginasikan kedua-dua temannya itu mengeluarkan gigi taring. Kepalanya di geleng-gelengkan tidak ingin memikirkannya. Jasmin masih lagi macam tadi mengarahkan Sofia membuat apa yang berada di kertas putih itu, dengan terpaksa Sofia lakukan.

“Abang Sofia? Bukanlah. Yang ini Nasrul. Panggil je kak Nas. Saya pinjam telephon bimbit dia. Kenapa?”Sofia masih lagi maintain dengan suara garau lelakinya.

“Oh, kalau macam tu boleh tak awak bagitahu dia yang saya call. Saya nak pulangkan sapu tangan yang dia pinjamkan tu.”

“I cuba. Ada apa-apa pesanan lagi tak? Maybe you nak keluar dengan I ke? Ajak shopping ke?”

“Urgghh. Hmm..tak itu je. Lain kali kot. Anyway, Thanks.”

Sofia menekan punat merah tanda pembualan mereka sudah tamat. Perasaan geram terhadap Jasmin masih lagi ada. Mukanya masam cemberut. Bibirnya muncang. Tubuhnya kemudian membelakangi mereka bertiga. Aida pula mengangkat kedua belah tangannya tanda dia tidak  mahu mencampuri urusaan mereka. Dilah dan Jasmin pula masih seronok ketawa sehingga terguling-guling di atas katil.

* * *
Setelah Muhammad Rafeeq menekan punat merah. Semua temannya datang mengerumi dia bertanya Apa dia tanya? Dia ingat kat kau ke? Kenapa muka kau mecam geli semacam ni? Kau okey ke?

“Ih, boleh tak kau orang beri salam dulu baru tanya. Melayu apalah kamu ni. Orang putih lagi pandai greeting teman dia. Ini tak, kamu orang main belasah aje. Kenapa tak belasah aje muka aku ni?”

Serentak itu teman-teman Rafeeq memberi salam. Panjang dan penuh tatasusila. Sebijik macam lelaki melayu terakhir. Kalau teman-temannya ni perempuan sudah pasti di pinang mereka bertiga.

“So, dia ingat kat kau ke?” tanya Irfan perlahan-lahan.

“Ingat ape? Bukan dia yang jawap. Aku tak tahulah bedebah mana yang pegang handset dia tu. Kau orang tahu tak?”

“Tak, kita orang tak tahu sebab kau belum bagi tahu kita.”sampuk Yazid cepat-cepat.

“Bodoh, bagi chancelah dia cakap. Mengamuk anak seekor ini susah kita nanti.” Kata Anuar sambil tangannya memukul kepala Yazid.

“Nak dengar ke tak ni?” tanya Rafeeq dalam nada tidak berpuas hati kerana ada orang berani menyampuk perbualan dia. Ini yang tak best ni! Keluh Rafeeq

“Nak. Nak. Nak.” Mereka bertiga berkata serentak sambil kepala terangguk-angguk.

“Kalau aku mula cerita, mulut sila Zip. Seboleh-bolehnya tolong kunci dengan kunci manga. Kalau takde kunci manga, belilah di kedai berdekataan.”seloroh Rafeeq.

Suasana sunyi sebentar. Rafeeq menunggu jawapaan teman-temannya. Sementara temannya menuggu cerita Rafeeq. Hampir sepuluh minit berlalu suasana tetap sunyi. Akhirnya Anuar mengeluarkan suara.

“Bila lagi kau nak bercerita ni? Punya lama aku tunggu. Kalau buang hajat mesti terkeluar semuanya”

“Kan aku dah kata tadi mulut sila zip, seboleh-bolehnya kunci dengan kunci manga.”jawap Rafeeq selamba.

“Kami dah kunci pun.” Jawap Irfan dalam nada geram.

“Iyelah, kami sudah zip dan kunci mulut kami ni. Sebab itulah kami tak bersuara.”bagitahu Yazid blur.

“Hehehehe.. aku test kau oranglah. Aku takut nanti bila aku bercerita si budak Yazid ni menyampuk sebab itulah aku diam untuk beberapa minit.”

“Amboi. Amboi. Beberapa minit kau cakap. Dah hampir sepuluh minit kami membisu, kau cakap beberapa minit. Nak kena ni.”

Rafeeq angkat tangan mengaku kalah. Dia kemudian duduk berlunjur, kepalanya dilapiskan dengan lengannya. Tidak cukup dengan itu Paha Anuar menjadi mangsa bantalnya. Anuar kemudian menolak kepala Rafeeq. Dia merasa geli-gelemen. Kalau Rafeeq ini awek dia tidak mengapalah. Boleh juga Anuar belai ataupun bermanja.

“Aku tak tahu macam mana nak explain. Dia kata pemilik number itu lelaki. Bila aku tanya sama ada abang Sofia ke tak. Dia jawap dia bukan abang Sofia. Lepas tu, dia bagitahu aku yang nama dia Nasrul. Tak cukup dengan itu dia, suruh aku panggil dia, kak Nas dan untuk pengetahuan kau orang semua jugak dia nak aku ajak dia dating. Gila ke apa tu?”cerita Rafeeq. Sengaja Rafeeq menekankan perkataan ‘ajak’ dan ‘dating’.

Mereka berempat pandang antara satu sama lain. Rafeeq pandang Irfan, sementara Anuar pandang Yazid. Keempat-empat mereka mula ketawa terbahak-bahak. Irfan terguling-guling di atas lantai mulutnya berteriak lalu berkata perkataan ‘pondan’.

Yazid kemudian berdiri berjalan seperti catwalk. Punggungnya sengaja di goyongkan ke kiri dan ke kanan. Tangannya pula di lembutkan.

“Alahai, kan I dah kata I nak yang warna pink tu. Cik ingat I ini takde taste ke? Nak juga I merasa macam mana jadi pompuan.” lakon Yazid. Tangannya memukul lembut bahu Irfan yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Irfan kemudian berdiri, lalu berlakon sebagai lelaki penggoda. Dia mengarahkan Yazid supaya berdiri membelakangi dia. Yazid hanya menuruti kemahuan Irfan. Selepas itu, Irfan mengarahkan Rafeeq dan Anuar berkata Action.

“and action.”cakap Anuar dan Rafeeq serentak.

Irfan mendekati tubuh Yazid yang membelakangi dia. Pada ketika itu Yazid memakai wig rambut. Bila dilihat betul-betul, Yazid hampir serupa dengan perempuan. Apatahlagi tubuh badan Yazid seperti tubuh perempuan,  kelihatan seksi. Yazid pura-pura sibuk dengan memerhatikan barang-barang yang tersusun di atas almari.

Dengan selamba, Irfan memegang rambut wig milik Yazid. Dia bertanya siapa nama Yazid. Yazid pula hanya mendiamkan diri, kepalanya masih lagi meneliti barang-barang yang tersusun. Dia kelihatan seperti malu-malu gorilla.

“ Siapa nama cik adik manis?” tanya Irfan buat kali dua.

Dan buat kali ke dua itu jugalah Yazid menggelengkan kepala. Rambutnya di gulung-gulung cuba menahan malu. Tubuhnya membelakangi Yazid. Perlahan-lahan Yazid cuba menghadap wajah Irfan.

“ Nama saya Nasrul. Awak boleh panggil saya, Ka Nas. ”jawap Yazid sambil tangannya memukul lembut bahu Irfan.

Mata Irfan terbeliak, dia lalu berteriak dan melompat ke tempat duduk Anuar. Dramatic betul cara lompatannya! Macam Makhluk Siluman pun ada. Dia perlahan-lahan berbisik ke telinga Anuar yang kat depan tu pondan. Rafeeq yang memandang lakonann mereka ketawa mengekek. Mana tidak Yazid cuba mendekati Irfan untuk di kucupnya. Itu yang buat Irfan geli-gelemen.

Kalau biasa-biasa tidak mengapalah. Sementara Anuar, dia mengacukan tumbukkan apabila Yazid cuba hendak mendekati dia. Rafeeq pula membeliakkan matanya seperti memberi amaran.       

Irfan berlari berpusing-pusing meja, Yazid pula mengejar Irfan dari belakang. Aksi lari berlari itu masih berlaku sehingga beberapa minit. Irfan yang sudah kelihatan tidak cukup nafas itu terduduk, dia mengangkat tangan tanda mengaku kalah. Yazid pula hanya mengganggukkan kepala tanda tidak mahu lagi menyambung aksi kejar mengejar. Nanti berlaku gempa bumi pula lagi susah.

“Hoi, mana sarapan pagi aku hah? ”teriak satu suara yang pada ketika itu berada di pintu dapur. Mulutnya menguap beberapakali. Kepalanya di garu-garu.

Dia perlahan-lahan menghampiri mereka bertiga. Rafeeq hanya menggelengkan kepala melihat teletah teman baiknya tu. Muka je handsome tapi perangainya nauzubillah. Lutfi Husainin mempunyai perangai yang amat pelik, yang mana pada waktu pagi apabila semua orang bekerja dia pasti akan menarik selimut dan tidur. Bila malam pula barulah dia sibuk berkerja. Kalau kerja tak kacau orang tidak mengapalah juga. Ini tidak! Kalau tiada orang yang hendak melayan karenah dia, mulalah dia buat  bising, macam-macam yang dia bebelkan.

Kalau awal bangun pun apabila teman-teman wanitanya ajak keluar. Itu pun lembab betul. Tambhan pula dia ini menganggur, semua wang dia dapat melalui kerdit kad. Kerdit kad pula ayah dia yang bayarkan. Pemalas tahap gabanlah.

“Makanan sarapan kau takde, aku bedal tadi.”jawap Irfan selamba.

“Makannan tengah hari aku pula mana?”tanya Lutfi dalam nada tidak puas hati.

“Kami semua makan kat luar tadi. Lupa pula nak tapau untuk kau. Sorry nyer.”kali ini Yazid pula menjawap.

Perut Lutfi yang berkeroncang itu perlu di isi. Semalam sama juga, Teman-temannya langsung tidak meninggalkan makanann untuk dia.

“Irfan, kau kan tadi bedal makanan sarapan aku. Apa kata kau belikan aku?”kata Lutfi perlahan-lahan. Patah-perkataan yang di keluarkan sengaja di tekannya supaya Irfan tahu bahawa pada ketika itu dia marah. Hendak meletup sahaja tidak.

“Hmm.. aku lupalah. Bagaimana kalau aku keluar sekarang belikan untuk kau?”Irfan jawap takut-takut. Perangai Lutfi bukannya boleh di rancang. Tidak pasal-pasal hinggap penumbuk ke mata dia, lagi susah. Tidak mungkin Irfan boleh lupakan apabila masa sekolah menengah dahulu. Minuman 100 plus yang berada di atas meja Lutfi di minumnya tanpa mengetahui siapa pemiliknya.

Bila Lutfi dapat tahu mengamuk gila dia apabila melihat minumannya itu di ambil. Kalau Anuar dan Rafeeq tidak menghalang Lutfi daripada menumbuknya memang dah jadi arwah dia pada ketika itu. Kepalanya di geleng-gelengkan. Didalam hati Irfan menyumpah dirinya. Mana tidak, masa memakan sarapan milik Lutfi tadi, perasan takut langsung tidak menyelubungi dia. Tetapi mengapa sekarang? Mengapa? Perkataan mengapa itu berpusar-pusar di benaknya. Semakin Irfan memikirkannya semakin sakit kepalanya. Kepala Irfan di tolak kasar oleh Lutfi.

“Tak payah belikkan, tolong ganti je sarapan yang kau makan tadi.”

“Aik, sejak bila kau baik betul dengan Irfan ni? Selalunya bila ada masa sahaja pasti kau akan buli dia.” Tanya Anuar hairan.

Masa sekolah menengah Lutfi dan Anuar sering membuli Irfan. Ada-ada shaja idea mereka hendak mengenakan Irfan cuma sejak kejadian Irfan menyelamatkan mereka daripada kesalahan yang tidak pernah mereka lakukan. Mereka mula berbaik. Rafeeq pula memang dari dahulu baik dengan semua orang. Ini kerana Rafeeq adalah ketua Pengawas.

“Entah.”jawap Lutfi sepatah. Mungkin malas hendak bergaduh, apatahlagi perutnya pada ketika itu berkeroncang perlu di isi. Kalau tak di isi natijah jawapannya.

sleepingbeautyitusaya.blogspot.com

Sinopsis, Jasmin Bunga Hatiku

JASMIN, BUNGA HATIKU

Lutfi – Jasmin, andai aku tahu aku bakal akan jatuh cinta kepadamu aku pasti akan cuba sedaya upaya untuk menjauhimu. Tapi kini, sudah terlalu lewat untuk aku berundur. Biarkanlah aku menuggumu dan mencintaimu.

Jasmin -  Aku benci orang berada. Aku benci mereka. Mereka manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Mereka manusia yang mementingkan diri sendiri. Aku benci kau Syamim. Aku benci dengan apa yang kau buat. Kau penipu!

Abu Zar Aimaan – Aku mohon seribu kemaafaan andai aku telah melukai hatimu, Jasmin. Apa yang aku kata dan luahan semuanya datang dari hati muraniku. Jangan kau salah angappan kepada ku. Tiga patah perkataan, Aku cinta kau!

Jasmin, Seorang wanita yang anti kepada Orang berada. Sebut sahaja nama pengiran-pengiran, Syed, Sharif, Sharifah, Tan Seri, Puan Seri, Datin atau Datuk pasti dia buat muka hendak muntah. Pada pertama kali dia berjumpa dengan Lutfi, anak Tan.Seri Fieyan, Jasmin sudah merasa jelek. Apatahlagi sikap Lutfi sendiri yang kadang-kadang menyakitkan. Kadang-kadang sombong tak tentu hala itu menyebabkan perasaan muak timbul. Dalam diam dan tanpa Lutfi sedari dia jatuh cinta dengan Jasmin. Tetapi kompleks mula timbul bila Jasmin jatuh cinta dengan lelaki lain. Jatuh cinta dengan lelaki yang kelihatan agak kolot di mata semua wanita tetapi bukan di mata Jasmin. Apa yang bakal Lutfi lakukan untuk memiliki hati suci Jasmin? Dan siapakah lelaki yang kolot itu? Apa kesudahan bagi cerita ini?

Dendamku terbalas.

Chae Rin memadam kertasnya menggunakan correction fluid. Mulutnya tidak pandai diam dari menyakat adiknya, Sunshine. Pelbagai jenis perkataan pedas yang keluar dari mulutnya. Memang sebijik macam mak nyanyah ! hehe....

Sunshine hanya mampu mendiamkan diri malas rasanya bertikam lidah dengan kakak sendiri. Apatahlagi mereka pada ketika itu berada di Dewan Bahasa dan Pustaka Remaja. Tangannya lincah menulis nota-nota, membiarkan Chae-Rin bercakap seorang diri. 

Geram dengan sikap Sunshine yang endah tak endah, Chae-Rin bermain pulak dengan barang-barang Sunshine berniat hendak menyakitkan adiknya. Perkara itu di ulang-ulangnya sehingga menggamit perhatian Sufina.

Sunshine memberhentikan penulisannya lalu berdiri mendekati Chae-Rin yang nampak akan kelibat Sunshine. Geram dengan sikap Chae Rin , tidak semena-mena tangan Sunshine menumbuk wajah akakanya.

KEDEBUM!!

Jatuh Chae-Rin dari kerusinya terlentang di lantai. Berkelip-kelip matanya memandang Sufina. 

"Dendemku terbalas.' kata Sunshie dengan tenang dan terus berlalu dari situ.

* * *


Gambar atas ni - cerdit to abang google ^^ hehe..

ps - Porah!! punya adik, adake patut buat macam tu? Dahlah aku di tumbuknya, lepas tu cabut lari. ish3....... -,- hehe... cerita di atas hanya gurauaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati.

Jumaat, 15 Jun 2012

MD's library ^^

Rasanya kan aku tak pernah langsung update mengenai sekolah tercintaku ^^ MAKTAB DULI ~ :D ^^ 
 
 Define MD'S library :
 The only place where i never will feel bored ^^ reading mastika, have a really short nap and place where you can daydream without people noticing about it :)

 ok, here it come ^^

 OUR SCHOOL'S LIBRARY ~


Yang atas ni pula, our library ! :) awesome, right?


Honestly, aku tak tahu siapa punya keychain aku take a picture je. sal cantik ^^ and the sentence quite nice.
 It said that "Boys are great. Every girl should have one."



Hanis, one of my friend from BE 27 ^^V and, yes, she's pretty and cute too.


Ok, angry bird pen and my pink 6680 phone.
Yang background kat belakang tu.
she's my friend in my maths class.
Nama dia.....
*wait ! wait !*
bukan aku tak ingat,aku ingat~~ apa nyer nama dia. *garu pala.
I think aku lupa :P hehe... sorry ! :(
nama kawan pun aku langsung tak ingat. ehe.....


the above picture, that's me.
Ya, ya, ya ! i know :) 
nampak serious? :)
memang pun serious. hehe...

^o^

ok, i think itu je kot. Next time i share about slc :) student learning centre also known as student affairs. next time, aku snap a shot ^^

Assalamualaikum :D

Khamis, 14 Jun 2012

Salahkah aku?

Problems come and go. All i have to do chill and smile. Let it go.  I need to be patient. Yes, patient :) a total 100% patient. Senyum dan terus senyum. Kalau nak menangis tak boleh tunjukkan depan orang because GIRL you are SO strong. This is the right time to be tough :) really tough ^^ no one can called you bitch because you are better than that :) 

the word BITCH? it's not for you :) you are NOT type of girl yang lanji -,- NO, YOU ARE NOT ! :) You are better than that honey - I'm goin to forget that stupid fighting and move on. 

"ytah kau nahh..alim atu biar alim trus wahh..ane hati urg nda kau mnjagai.. ko biarkn ia marah pasal kau memajl ane apath ne ahh ?? buduh wah kau ane.. kmi bh nda ngacau kau.. heh ntah kau ehh palui.. adgth ko.. sdar2 th diri atu.. kmi bh nda tantu uleh mu.."

This ABOVE sentence, i will never forget it. NEVER !! -,- I'm goin to show you, ALI and BELLE. Iam much better than you guys. WAY BETTER THAN YOU -,- hmmpphhh... kalau nak ikutkan hatiku, i feel like wanna take revenge tapi i know dendam is not the right choice. Like i said patient is all i need. PATIENT. Zikir. Tasbih. ALLAH :) That's all i need ^^

"ada. Kau suruh c alee ambil wudhu kan ? Patutnya kau lah, agatah ambil air wudhu, bezikir, bedoa kau arah Allah supya ulah mu jadi bisai. Inda jadi penyibuk, kana jadikan bibini solehah bukan jadi mcm pelacuran . ops, sorry. Telabih sudah."

Tolong, bagitahu aku who is the bad girl here ? :'/ am i?

Dari petang til now, aku cuba fikir and fikir. Muhasabah diri seperti yang what my dad always suruh bila ada msalah. Salah siapakah? Aku kah? Mungkin salah aku kot~ MUNGKIN! --' Aku tak tahu. Tapi layakkah dia memanggil aku, memberi gelaran yang tidak sepatutnya. Layakkah dia?

Apa hak dia sebagai seorang manusia untuk mengata aku ? Apa hak dia? o.o Kalau mungkin aku yang bersalah dalam hal ini, bukan kah lebih baik di nasihati. Instead of just say something stupid. Hina kah aku? hina kah sampai sebegitu sekali dia mengata aku? :'/ mungkin ya dan mungkin juga tidak.

sleepingbeautyitusaya.blogspot.com ^o^

Ahad, 3 Jun 2012

SSBS ^^

After empat hari kami tak betegur :) Last tegur pun - 10/2/2012
 Ini yang dia update as status dia. S S B S is actually my name:P 
Tapi huruf depan je~


14 February 2012
Chae Rin
I assume that S S B S mean (My name) :P *perasan

tapi memang untuk aku pun. hehe...^^

why?

Why Kael? Why is it sooo hard for me to understand you?

Kadag-kadang tu aku rasa aku MACAM faham kau. Then kadang-kadang tu aku rasa aku langsung tak faham. Aku cuba, like betul-betul cuba hendak faham. Tapi lain pula jadinya -- WHY? WHY? Kenapa susah sangat nak faham kau? Berkulat otak aku nak faham kau tau.~

Dilema apa lagi yang kau maksudkan ni? Aku tak faham laa. Dilema ape?

ARRRRRRRRRRRRRRRGGGHHHHHHHHHHHHHHH..... 

Letih otak aku nak fikir -- tapi takpe, kalau kau banyak rahsia, rahsia aku lagi banyak :/ so aku taklah stress sangat. heheh.... ^^ 

ok, itu je kot ! malas nak buat panjang-panjang. takut nanti lain pulak yang keluar^^

Follow aku ya!


Hey,Follower! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...