FACEBOOK BADGE

SHOUT everything!

cerita yang saya buat! :)

Jumaat, 29 April 2011

Apa dah jadi kat si Tuan Puteri kita ini?

Oh tidak! Apa sudah jadi kepada hari ini? Aku betul-betul bosan :( Nak pergi ke Gadong mak langsung tak kasi. Dia kata aku ni tak lama lagi nak menduduki O-level, esuk lusa nak masuk kolej tapi malas nak belajar. Asyik nak tahu enjoy aje. 

Nak buat macam mana mak, dah memang anak mak ini langsung tak berminat nak belajar, biasalah tu. Kalau ada MOOD belajar, tahulah saya belajar. Dah basar panjang pun anak kita yang seorang ni.

Tapi MAAK, izinkan lah aku enjoy. Aku betul-betul sebetul-betulnya dalam kebosanan. Asyik duduk rumah je, buat tahi mata, menambah lemak sana sini. Kang gemuk anak kita ni, siapa susah? mak juga yang susah nanti. Betul tak? Kamu setujukan? Setuju ajelah. Kalau tak setuju, jangan sambung baca blog aku. tekan je 'x' heheh.. Aku gurau lah@!!!! :) 

* * *

Oyeah, tentang cerpen 'Dunia sebelah Sleeping beauty' ish, aku langsung takde idea, masa pula dah hampir dekat. Masa tu banyak pula idea aku, kini hilang di bawa angin kuat. Terus terang aku katakan, aku sebenarnya tak kisah kalau aku dapat tempat pertama or tidak, aku cuma nak orang lain baca cerita aku. Aku nak semua orang hargai cerita yang aku buat. Itu je!

Nak tahu something tak? Masa ni aku tengah buat satu cerita, idea itu sudah ada kat kepala aku ni. tunggu melepaskan aje lagi. Bila dah siap cerita yang aku buat ini, aku nak hantar either kat Alaf21 atau KakiNovel. Tapi aku harapkan mereka tak tolak cerita aku. Aku ini bukannya hebat sangat kalau bab menulis. entah-entah imbuhan dan bahasa melayu aku pun tak tentu. Main hentam keromi aje.

Kamu nak tahu tak masa aku kecik dulu, around umur 13 kot *tak ingat* Aku dan kawan aku, yan. Kami rancang kami nak bertanding buat novel, tapi cerita yang aku buat langsung tak siap. Tak boleh di harapkan aku ni! Tapi aku harap cerita aku ni betul-betul siap. Aku dah tanamkan kat dalam hati aku, aku nak siapkan juga walau apa pun terjadi. Kena siapkan 

tapi

bukan masa ni. Masa ni kena fokus dulu kat O-LEVEL exam. 

Cakap tentang O-level exam ni, buat aku ingat kat periksa jun. Dah tak lama lagi, 11.5 ini aku periksa english(Kalau tak salah akulah), tapi aku langsung tak belajar. Aku pemalas! Aku tahulah, tak payah nak ungkit. 

Anyway, Aku perlukan sokongan awak semua. Doakan lah aku ni, supaya boleh banggakan mak dan ayah aku. Dah banyak kali aku hampakan parents aku. Takkan bila masuk kolej nak hampakan mereka juga. *sigh*

Hmmm... mungkin itu saja kot! Aku rasa lega bila sudah luahkan semuanya. Apa-apapun sila jadi Follower saya, k?



Sleepingbeautyitusaya.blogspot.com

Tiada ulasan:

Follow aku ya!


Hey,Follower! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...