Assalamualaikum WHR – Penuh syahdu..
Pernah tak kamu terfikir hendak lari dari rumah? Hendak lari dari masalah yang melingkari kamu. Menglingkari fikiran kamu. Bila aku gaduh dengan adik beradik aku. Bila mak dan ayah aku marah kat aku and bila masalah sekolah datang. Aku kadang-kadang rasa nak lari dari rumah. Aku baca banyak buku mengenai perkara ini semua and aku rasa ‘What’s the big deal about running from home? Taklah teruk sangat kot.’ Betul tak?
Atau.........
Otak aku ni je gila-gila sebab berani buat benda yang bodoh. Terus teranglah, aku benci hidup aku. Benci keadaannya. Aku benci perkara sama berlaku setiap hari. Kalau masa sekolah ; Aku bangun awal pagi, lepas itu mandi. Then berjadual. Tunggu adik beradik yang lain bangun. Kalau tiada siapa yang bangun, aku dengan TIDAK rela hati terpaksa bangunkan mereka. BOSAN! LAME!
I need ADVENTURE. Aku perlukan sesuatu yang lebih mencabar tapi tiada siapa nak faham. Tiada siapa nak perihatin kat hati aku ni. Benda yang aku bagus sangat dan mahir sangat ialah berangan, membaca buku, tidur dan menaip. Aku rasa macam dalam dunia aku sendiri bila aku berangan and membaca buku seperti aku berada di dalam alam fantasi itu. Seperti aku yang menjadi Heroin.
Bila aku berangan pula aku akan bayang sesuatu. Sesuatu yang menarik, Kadang-kadang aku akan continue angan-angan aku kat dalam tidur. Tapi bukan tidur betul, tidur eksen je. Tidur main-main. Sebab itulah aku suka tidur awal sebab nak continue angan-angan aku. Dalam gelap aku akan tutup mata aku then mula merangkap ayat dan cerita. Bila cerita itu dah sampai ke penghujung aku akan taipnya untuk jadikan sebuah cerita. Cuma satu je masalahnya cerita aku tak pernah siap. Itu je masalahnya. Sebab itulah bulan 12 nanti aku nak pastikan semuanya akan siap.
Masa ni aku tengah buat cerita pasal immortal. Ia mengenai Fairy ; Nampak tak logic dan bodoh tapi aku tak rasa macam tu. Seperti yang aku kata semua ini datang dari imginasi aku. Ia mengenai seorang perempuan(Tania) – Still not sure with her name, she was gifted. Dia boleh tengok apa yang manusia TIDAK boleh tengok. Kira dia ada sixth sensE. Then one day muncul seorang lelaki yang boleh di katakan hot-hot sexy gitu. Tapi masalah mula timbul bila lelaki itu cuba hendak bunuh dia supaya perempuan ni jadi immortal seperti dia. Supaya dia menjadi fairy. Permaisuri untuk lebih dalamnya. And untuk pengetahuan semua dalam bahasa inggeris, okey?
Satu lagi cerita yang bakal aku buat ; Kamu baca je sinopsis yang kat bawah ni.
Jasmin, Seorang wanita yang anti kepada Orang berada. Sebut sahaja nama pengiran-pengiran, Syed, Sharif, Sharifah, Tan Seri, Puan Seri, Datin atau Datuk pasti dia buat muka hendak muntah. Pada pertama kali dia berjumpa dengan Syamim, anak Tan.Seri Fieyan, Jasmin sudah merasa jelek. Apatahlagi sikap Hazim sendiri yang kadang-kadang menyakitkan. Kadang-kadang sombong tak tentu hala itu menyebabkan perasaan muak timbul. Dalam diam dan tanpa Syamim sedari dia jatuh cinta dengan Jasmin. Tetapi kompleks mula timbul bila Jasmin jatuh cinta dengan lelaki lain. Jatuh cinta dengan lelaki yang kelihatan agak kolot di mata semua wanita tetapi bukan di mata Jasmin. Apa yang bakal Syamim lakukan untuk memiliki hati suci Jasmin? Dan siapakah lelaki yang kolot itu? Apa kesudahan bagi cerita ini? – Nantikanlah ^^
Okey, stop cakap pasal cerita yang bakal aku buat. Aku nak cerita pasal kes lari dari rumah ni. Ak teringin sangat nak lari dari rumah. Semalam, aku cari pasal kat adik aku perempuan. Aku hina dia semacam until dia marah gila kat aku. So, dia mengamuk la. Aku pun tayang gigi aku yang tak putih bersinar ni. Masa dia marah kat aku, akak aku arahkan aku nak minta maaf. Sebab EGO aku tinggi seperti gunung aku tak minta maaf, mahal sangat untuk bibir aku ungkapkan kata ‘SORRY’ walaupun kat adik aku sendiri. Bagi aku kata ‘MAAF’ itu boleh menjatuhkan martabat aku. Pelik? Memang pelik.
Apa-apa pun lepas akak aku suruh aku minta maaf, aku BLAH. Masuk ke dalam sarang bilik aku ! Oya, bilik aku macam sarang tikus (Just in case kamu nak tahu.) Masa tu lampu aku tutup. Aku terus berbaring atas katil lepas itu baca surah 3 Qul and Al-fatihah. Then lepas baca semuanya ; Aku kata dalam ‘I wish i could ran away.’ Balik-balik aku sebut patahb perkataan ni. Macam jampi pun ada juga.
Aku juga terimagine, kalau aku lari dari rumah kemana aku nak pergi. First aku akan pack things dulu. Bawa benda yang penting, then jalan kaki dari rumah ke bandar. Masa di bandar nanti aku akan berjalan kaki ke masjid Hassanal Bolkiah. Then esoknya aku akan membelikan sarapan kat kedai runcit yang berdekataan. Lepas itu cari kerja. Kalau parents aku tahu aku sudah hilang mereka akan repot kat polis atau cuba dail number handset (Kalau mereka dail number aku, aku akan OFF). About repot kat polis aku akan cuba lari, cuba ubah penampilan aku macam lelaki. So sebelum pergi cari kerja aku akan ke kedai gunting kaling then beli baju baru. OYAAA!!!! Aku nak cabaran yang macam ni. Then bila aku rasa patut pulang aku akan pulanglah. Aku cuma nak cabaran. Itu je.
Kalau aku ada keberanian aku pasti akan lakukannya. Aku tak tipu. Tapi sebelum aku buat semua ni aku akan pastikan aku ada ilmu mempertahankan diri dulu. Dunia ini penuh dengan dugaan and aku kena belajar untuk tidak percaya sesiapa. Kalau tak natijah aku. Tak pasal-pasal nanti kena jual diri. Kena hantar luar negeri untuk jual dadah.
Mungkin sampai di sini dahulu ^^ sekian dari saya.
p/s Aku nak lari dari rumah dan belajar untuk lebih berdikari

1 ulasan:
sebenarnya kisah hidup awak memang sudah cukup adventure. cuma awak je yang x menyedarinya & if you think that your life isn't adventure enough then you should make one but of coz' not include 'runaway from home' thing. you know what? imaginasi awak ni terlalu tinggi dan X masuk dek akal..berdikari lebih susah dari apa yang awak bayangkan,pecayalah~
Catat Ulasan